Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Drama Namaku Bedah Sponsor Kebaya Nyonya Tapi Tak Credit

namaku bedah

Oleh sebab slalunya sampai rumah dekat pkl 10 mlm, tak berkesempatan langsung nak tengok drama Namaku Bedah yang disiarkan di TV9. Drama terbitan Tanah Beris Film Productions dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Sedar-sedar dah last episod minggu lepas. Baru hari ni berkesempatan nak tengok. Godek2 google dapatla jumpa dekat website kepalabergetar. Sebab apa nak tengok drama Namaku Bedah ni? Ya, sebab kami ada sponsor 6 helai baju kebaya untuk dipakai oleh pelakon dalam drama tu. Pelakon-pelakon yang pakai kebaya kami adalah Rosnah Mat Aris, Aishah Azman, Syaini Aida, Ardell Aryana dan Syarifah Shahora. Antara 5 orang ni kenal dua orang je iaitu Rosnah Mat Aris dan Syarifah Shahora je. Lagi 3 orang tu maybe pelakon baru sebab tak pernah nampak dekat TV dan tak pernah tau pun kewujudannya.

First skali nak tengok adalah di bahagian kredit, dekat mana logo butik kami diletakkan. Masa bahagian wardrobe datang ke butik, drama tu baru nak start penggambaran episod satu. Masa tu juga dah email logo butik. Dan masa tengah penggambaran pun ada tanya juga, logo clear or tak. Sepatutnya clear sebab untuk drama-drama yang kami sponsor sebelum ni ok je. Ini adalah logo yang kami berikan untuk dimasukkan ke bahagian kredit:

logo_izzlegacy_2016_NEWBila tengok di bahagian kredit drama Namaku Bedah ni, dari episod satu hingga 20, satu episod pun x muncul logo butik kami sedangkan kami sponsor 6 set baju kebaya. Kalau sebelum ni, masa sponsor Julia Ziegler dalam drama Keluarga Pontimau kalau x silap tajuknya. Satu set je sponsor, sepanjang episod dari mula sampai abis logo butik ada di bahagian kredit. Mengapa masa nak buat drama minta sponsor kalau tak nak kredit? Baik beli je. Ada dinyatakan di dalam perjanjian sponsor bahawa logo kami perlu dimasukkan di bahagian kredit, tetapi malangnya tidak dimasukkan. So, apa perlu kami buat ya? Memang ramai penerbit drama, artis dan wardrobe yang menghubungi kami minta sponsor baju kebaya. Oleh sebab kejadian yang berulang seperti ini, membuatkan kami tawar hati untuk menaja mana-mana artis selepas ini. Sebelum ini, ada beberapa drama yang melakukan perkara yang sama iaitu tidak kredit. Orang dah bagi pinjam, dah bagi guna untuk menjayakan penggambaran mereka tetapi tidak dihargai. Lepas ini better beli dari minta sponsor sebab takde nanti ada yang tidak berpuas hati atau alasan lupa nak kredit or sebagainya.

Kepada pihak production, diharap lepas ini silalah kredit semua orang yang menaja anda ya. Oleh sebab tak kredit dan mana tahu ada yang tertanya-tanya siapa yang sponsor baju kebaya dalam drama Namaku Bedah ni, ketahuilah bahawa kami yang menaja baju kebaya tersebut dan disini kami kongsikan gambar-gambar kebaya kami yang digunakan tanpa kredit dalam drama ni. Bagi pihak kami dari pengurusan Izzlegacy Boutique dan Izzkebaya Collection, kami sangat kecewa dan dukacita dengan sikap pengurusan Tanah Beris Film Productions.

Kepada yang sedang mencari baju kebaya terutamanya baju kebaya nyonya, butik kami ada menjual pelbagai jenis baju kebaya dan juga aksesori baju kebaya seperti dokoh, kerongsang rantai, tali pinggang besi, payung kertas, cucuk sanggul dan sanggul lintang. Terdapat hampir 3,000 corak sulaman kebaya nyonya untuk dipilih jika anda ingin pre-order kebaya nyonya. Di butik kami juga terdapat lebih kurang 800 helai kebaya nyonya ready stock dengan 10 pilihan saiz (XS – 6XL). Jemput singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan atau boleh juga shopping online di website kami di http://www.izzlegacy.biz.

namakubedahepisod16_04 namakubedahepisod16_02 namakubedahepisod16_01 namakubedahepisod16 namakubedahepisod3rosnahmatariskebaya

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login