Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Selamat Tahun Baru Hijrah 1439H

tahun-baru-hijrah

Kami dari Izzlegacy Boutique dan Izzkebaya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1439H kepada semua pelanggan kami yang beragama Islam. Sama-sama kita berhijrah kepada kehidupan, perhubungan sesama insan, kerjaya dan masa depan yang lebih baik dan tambah cemerlang. Semoga hari-hari mendatang kita sentiasa diberkati dan berjaya di dalam setiap sesuatu yang kita usahakan. Setiap seorang daripada kita mempunyai pengertian hijrah yang berbeza mengikut perspektif dan keadaan hidup seharian kita. Kami mendoakan semoga besar atau kecil pengertian hijrah itu kepada anda, semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Ilahi.

Doakan juga semoga perniagaan butik kebaya nyonya kami bertambah maju dan berkembang dengan lebih jauh. Tahun ni tahun ke sembilan kami menjual kebaya nyonya. Berjuang untuk mengekalkan fesyen kebaya nyonya daripada terus lapuk ditelan arus kemodenan fesyen terkini. Sesungguhnya kebaya nyonya merupakan warisan fesyen zaman berzaman dan masih lagi dapat diterima oleh generasi masa kini. Semoga kebaya nyonya sentiasa ada dihati anda. Terima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sejak dari tahun 2008 lagi. Tanpa anda semua, kami tidak akan dapat bertahan hingga ke hari ini. Selamat tahun baru hijrah 1439H.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1439H

Selamat Tahun Baru Hijrah 1439H

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login