Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Pre Order Raya Kini Dibuka

pre-order-raya

Bagi sesiapa yang nak berkebaya di hari raya pada tahun ini, pre order raya kini dibuka. Pre order raya akan di buka sehingga sehari sebelum bulan ramadan. Ini kerana proses untuk menyiapkan baju kebaya nyonya sulaman tangan memerlukan masa yang agak lama. Terdapat lebih dari 2000 pilihan corak sulaman baju kebaya yang boleh dipilih. Kesemua corak sulaman boleh disulam pada semua warna baju. Jadi, jika anda berminat dengan sulaman pada baju kebaya berwarna hijau, tetapi tema warna anda merah, kami boleh buatkan sulaman kebaya yang anda suka diatas baju berwarna merah. Ini kerana, setelah terima order baru kami akan mula melukis corak sulaman dan menyulam di atas kain.

Jika anda satu keluarga ingin memakai baju kebaya sedondon pun boleh pre-order. Berapa banyak helai dengan warna dan corak sulaman yang sama pun boleh kami buatkan. Jika anda ingin sedondon ibu dan anak pun kami boleh buatkan. Sejak kami menjual baju kebaya memang ramai yang order set baju kebaya nyonya ibu dan anak sedondon. Memang cantik dan comel.

set-kebaya-ibu-anak

Comel kan sedondon ibu dan anak.

Anda juga boleh pre-order baju kebaya nyonya mengikut ukuran badan anda sendiri. Jadi, tidak menjadi masalah jika saiz badan anda terlalu kecil atau besar. Paling besar kami pernah buat size 10XL. Jadi, jika anda teringin nak pakai baju kebaya nyonya tapi susah nak cari baju kebaya kerana badan anda bersaiz besar, bolehlah pre-order dengan kami ya. Pastinya impian anda untuk berkebaya nyonya di hari raya akan tercapai.

kebaya-nyonya-plus-size

Akak kita yang comel ni datang butik tempah kebaya ikut ukuran badan. Comel kan. Kalau ikut ukuran standard kebaya ni saiz antara 9XL dan 10XL.

Anda juga boleh pre-order raya baju kebaya nyonya mengikut berapa labuh yang anda suka memandangkan baju kebaya nyonya kami jika yang ready stock agak singkat dan tidak menutup punggung. Selain dari labuh, anda juga boleh pre-order raya baju kebaya material cotton atau satin velvet yang tidak jarang dan tidak perlu pakai inner. Untuk pre-order raya juga anda juga boleh order untuk pasangkan butang pada baju kebaya nyonya anda. Ini kerana baju kebaya nyonya asalnya memang xde butang dan dipakai dengan pin atau kerongsang. Tapi, jika anda nak pasangkan butang kami boleh jahitkan butang untuk anda.

kebaya_nyonya_cotton_labuh_kcl5

Kebaya nyonya sulam labuh. Yang ni labuh 30 inci.

Anda juga boleh order panjang lengan baju kebaya mengikut keselesaan anda. Ada yang suka baju kebaya nyonya lengan panjang, ada juga yang suka pakai baju kebaya nyonya lengan pendek dan lengan tiga suku. Pre order raya kami akan buatkan baju kebaya khas mengikut kehendak anda. Akan tetapi kena order awal-awal ya. Jika order terlalu banyak, mungkin sebulan sebelum bulan ramadan kami akan tutup order. Buat masa ni, pre order raya akan ditutup sehari sebelum ramadan. Jadi, order cepat-cepat ya.

Kebaya_Nyonya_Coklat_KNP2513

Kain untuk dipadankan dengan baju kebaya pun boleh pre-order ya. Kebiasannya baju kebaya nyonya dipadankan dengan kain batik selisih, kain batik kipas depan dan juga kain batik kembang payung. Selain itu, ramai juga suka menggayakan baju kebaya nyonya dengan kain pareo satin dan juga kain pareo songket. Kebiasaannya kami akan matchkan kain setelah anda memilih baju kebaya. Kami akan hantarkan gambar beberapa helai kain batik belum jahit yang boleh match dengan warna baju dan sulaman kebaya nyonya anda untuk dipilih. Anda juga boleh berikan ukuran kain mengikut keselesaan anda. Jika anda tinggal di Lembah Klang atau kawasan yang berdekatan dengan Seri Kembangan, anda boleh singgah ke butik kami untuk kami ukur ukuran badan anda.

Untuk memilih baju kebaya nyonya, anda boleh ke website kami dengan klik pada link berikut ya:

PRE ORDER BAJU KEBAYA NYONYA – KLIK SINI

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login