Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Pelajar Praktikal dan Latihan Industri

we-are-hiring

Bagi para pelajar yang sedang mencari tempat untuk praktikal atau latihan industri, kami dari Izzlegacy Boutique mengalu-alukan permohonan anda untuk menjalankan praktikal dan menjadi pelajar praktikal di butik kami. Sedikit pengenalan tentang kami, kami mula menjual baju kebaya nyonya secara online sejak tahun 2008 dan berkembang hingga ke hari ini. Butik fizikal kami yang terletak di Seri Kembangan, Selangor telahpun beroperasi sejak tiga tahun yang lalu. Banyak kali berita tentang butik kami di surat khabar, majalah dan tv. Kami juga banyak sponser artis-artis di Malaysia untuk penggambaran drama, telemovie, pengacaraan dan sebagainya. Terdapat lebih dari 1,000 helai baju kebaya ready stock dan hampir 3,000 corak sulaman kebaya nyonya untuk tempahan. Kami menjual pelbagai jenis fesyen baju kebaya terutamanya baju kebaya nyonya dan juga beberapa jenis kain untuk dipadangkan dengan baju kebaya. Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, boleh KLIK SINI atau boleh baca entry-entry didalam BLOG kami ya.

Jadi, siapa atau kursus apakah yang boleh memohon untuk menjalani praktikal atau latihan industri di butik kami? Antara yang berkaitan dengan kami adalah pelajar yang sedang belajar dalam bidang fesyen, jahitan dan juga ecommerce. Kursus lain mungkin boleh juga apply. Untuk Ecommerce anda boleh belajar dengan kami tentang perniagaan online kerana kami telah menjalanan perniagaan online hampir 10 tahun. Semua website, pemasaran, media social, seo dan sebagainya kami buat sendiri tanpa mengupah mana-mana service provider. Jadi, banyak yang kami boleh kongsikan ilmu ecommerce dengan pelajar praktikal yang sedang belajar dalam bidang ecommerce. Untuk pelajar fesyen dan jahitan, setiap hari kami mendapat banyak tempahan jadi banyak yang anda boleh belajar dan dapat berkongsi kemahiran anda dengan kami.

we-are-hiring

Pelajar praktikal di alu-alukan di Izzlegacy Boutique

Ok, jika anda sedang google untuk tempat praktikal, boleh la hubungi kami ya. Kehadiran anda sebagai pelajar praktikal memang dialu-alukan. Kami pun pernah belajar di Universiti sebelum ini dan memang pernah menghadapi saat-saat kena mencari tempat untuk pratikal atau untuk menjalani latihan industri. Susah juga nak dapat sebenarnya. Tak sure la sekarang ni kalau senang nak cari tempat praktikal. Bagi saya yang menulis entry nie, saya praktikal tahun 2003 iaitu 14 tahun yang lalu. Lama dah berlalu tapi kenangan menjadi pelajar praktikal atau lebih dikenali sebagai “budak praktikal” masih diingati sampai ke hari ini. Hehehe..

Jika yang membaca entry ini seorang pensyarah, jemput hubungi kami untuk tempat praktikal student anda ya. Elaun praktikal kami sediakan. Jadi, sekurang-kurangnya ada juga duit poket nanti. Untuk memohon, boleh emailkan kepada kami di alamat email izzlegacyboutique@gmail.com atau boleh walk in ke butik kami di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor atau boleh juga hubungi kami di talian 03-89596970 / 012-6907705.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login