Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Kebaya, kebaya, kebaya. Jom pakai kebaya.

IMG_0097

Kawan-kawan semua, jom pakai kebaya. Kembalikan nostalgia fesyen zaman-berzaman. Tengah cari kebaya?Atau tengah fikir raya nanti nak pakai fesyen apa?Jom pakai kebaya sebab memang cantik dan ayu je bila berkebaya kan? Lagipun, fesyen kebaya merupakan legasi fesyen zaman berzaman. Sejak zaman dulu lagi, telah wujud fesyen kebaya dan sentiasa segar dan tak pernah lapuk di telan kemodenan zaman. Butik kami terletak di Seri Kembangan, Selangor. Kami telah menjalankan perniagaan baju kebaya sejak tahun 2009 lagi. Daripada perniagaan kecil-kecilan secara online di rumah sehingga hari ini kami telah membuka butik fizikal bagi memudahkan para pelanggan yang tinggal di Lembah Klang atau dari mana sahaja untuk walk in butik dan mencuba sendiri baju kebaya nyonya yang kami juga. Butik kami bukan hanya menjual baju kebaya nyonya  tetapi pelbagai jenis fesyen baju kebaya yang lain. Cuma stock yang paling banyak adalah baju kebaya nyonya, jadi kami lebih fokuskan kepada penjualan dan pemasaran baju kebaya nyonya.

Untuk rekod, jika anda ingin menempah baju kebaya nyonya pre-order mengikut corak sulaman dan ukuran saiz badan anda, kami mempunyai lebih kurang 3,000 corak sulaman dengan pelbagai warna untuk anda pilih. Memang rambang mata kan? Dalam 3,000 tu, pasti ada yang akan menambat hati anda untuk memilikinya. Kebaya nyonya keluaran kami adalah sulaman tangan sepenuhnya. Bermula dari lukisan tangan corak sulaman, kemudian sulaman ayak benang, setelah siap sulaman ayak kerawang pula sehinggalah kepada memotong dan menjahit menjadi baju kebaya nyonya. Semuanya kerja tangan sepenuhnya. Jadi, kualiti dan ketahanan baju kebaya kami memang boleh diyakini.

Anda boleh tengok bagaimana kebaya kami di sulam dengan tonton video ni ya:

Ramai yang beli baju kebaya nyonya dari butik kami, pasti akan menjadi repeat customer kami mungkin kerana hasil kerja sulaman tangan yang halus dan juga kualiti jahitan yang kemas. Jangan risau jika badan anda terlalu kecil ataupun terlalu besar. Jangan malu untuk berkebaya dengan alasan body anda tiada cutting kebaya. Kerana kami boleh jahitkan mengikut ukuran badan anda. Anda juga tidak perlu menunggu untuk mendapatkan figure body yang cantik untuk berkebaya kerana semua orang pun nampak cantik dan ayu bila berkebaya. Tak percaya? Boleh lawat akaun Instagram kami di @izzkebaya dan @izzlegacy_boutique. Banyak kami kongsikan gambar-gambar customer kami memakai baju kebaya. Oleh kerana dah lawat Instagram, jemput-jemput la follow ya. Terima kasih. Dah tengok gambar & cantik kan? Apalagi, jom pakai kebaya dan dapatkan satu set dari koleksi kami.

Jangan curi gambar ye. Tidak dibenarkan untuk menggunakan gambar ini tanpa kebenaran.

Jom pakai kebaya. Cantik kan?Jangan curi gambar ye. Tidak dibenarkan untuk menggunakan gambar ini tanpa kebenaran.

Jika anda nak melaram ibu dan anak dengan baju kebaya nyonya yang sedondon sama warna dan corak sulam dan sama corak kain batik pun boleh kami buatkan untuk anda. Yang penting kena order cepat-cepat sebab kalau pre-order ambil masa 4-6 minggu untuk siap. Kadang-kadang terlajak jugak sampai ke 8 minggu kalau corak sulam susah or warna kain x jumpa. Ini kerana lepas anda confirm order, baru tukang jahit kami akan beli kain dan mula siapkan baju kebaya anda. Proses pun lama. Macam kami tulis tadi, dari mula melukis corak sulaman sampai siap baju kebaya, memang perlukan ramai pekerja untuk siapkan sehelai kebaya. Jadi, kalau nak pakai raya nanti, elok mula order dari sekarang ya.

set-kebaya-ibu-anak

Comel tak sedondon ibu dan anak?Kain pulak tak sama. Jom pakai kebaya sebab memang cantik, lagi-lagi kalau pakai secara berjemaah.

Bagi yang tinggal di Lembah Klang, jemput singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan ya. Ada banyak pilihan baju kebaya. Ramai yang datang butik pasti ambil masa lama untuk memilih dan mencuba baju kebaya sebab semua pun cantik-cantik. Di butik kami, anda boleh matchkan baju kebaya pilihan anda dengan beberapa jenis kain iaitu kain batik selisih, kain batik kembanga payung, kain batik kipas depan, kain pareo satin dan juga kain pareo songket. Kain batik kembang payung labuci pun ada jual, tapi selalunya nak raya baru ada banyak stock. Memang cantik dan merelip-relip bila pakai kain batik labuci ni.

Jika anda ingin membeli kain kebaya yang belum dijahit baju pun kami ada jual. Anda boleh beli dan hantar kepada tukang jahit anda. Tapi, kos mahal juga la. Sebab kain kebaya belum jahit dengan kebaya yang siap jahit sama je harga. Kalau anda beli kebaya belum jahit dan hantar ke tailor anda, mungkin tailor anda akan ambil upah RM35 – RM50 untuk jahitkan baju kebaya anda. Akan tetapi, anda juga boleh pilih kain kebaya belum jahit, kami ukurkan ukuran badan anda dan bila tailor kami datang ke butik kami kirimkan kepada dia untuk jahitkan baju kebaya mengikut ukuran saiz anda. Kalau tailor kami, free je. Tak perlu bayar upah sebab kami yang akan bayarkan upah kepada dia. Ok tak kalau macam tu?Jahit free mestilah ok kan?Kalau jom pakai kebaya dan beli / tempah sehelai sekarang.

Oklah, jom pakai kebaya dan jom beli baju kebaya di butik kami ya. Yang tinggal dekat jemput walk in butik ya. Bagi yang tinggal jauh, jemput lawat website kami ya. Boleh beli secara online dekat website. Ini alamat website kedai online kami :  http://www.izzlegacy.biz. Kalau anda suka berkebaya dan suka insan-insan di sekeliling anda kelihatan ayu, cantik dan bergaya bila berkebaya, harap dapatlah promote butik kami kepada rakan-rakan, sahabat handai, kaum keluarga dan saudara mara anda ya. Kami ucapkan ribuan terima kasih dan sangat hargai sokongan anda.

Bagi yang tak percaya kami ada banyak stock kebaya, boleh tengok video kat bawah ni ya. Video menunjukkan keadaan didalam butik kami:

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login