Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Perbezaan Sulaman Kebaya

model_kebaya_izzkebaya

Entry tentang perbezaan sulaman kebaya yang di jual di butik kami. Ini kerana para pelanggang yang telah datang ke butik, ataupun telah lawat website dan instagram kami pasti akan bertanya kenapa ada kebaya yang harganya mahal dari kebanyakkan kebaya di butik kami. Untuk kebaya size XS – XL range harga kebaya nyonya sulam tangan di butik kami adalah diantara RM135 – RM170 manakala ada beberapa helai kebaya yang berharga RM215. Bagi yang memahami tentang sulaman tangan, pasti tidak banyak soalan tetapi bagi yang nak kebaya yang cantik tapi harga murah mesti ada banyak soalan. Mungkin berharap kami akan menjual dengan harga yang sama dengan kebaya yang lain.

Ok, untuk sulaman kebaya ada beberapa jenis sulaman iaitu sulam biasa, sulam tebal dan juga sulam exclusive. Sudah tentu harga kebaya untuk tiga jenis sulaman ini pun berbeza. Mesti ramai yang ingin ketahui apakah perbezaan diantara tiga jenis sulaman kebaya ini kan? Ok, untuk sulam biasa selalunya corak sulaman bermotifkan bunga dan simple-simple je. Benang yang digunakan pun x banyak dan tak berapa nak mahal. Tempoh untuk siapkan sehelai kebaya pun dalam 3-4 hari je. Jadi, harganya pun agak murah sebab kos untuk menyiapkannya tak tinggi. Sulam tebal pula, corak sulaman lebih banyak dan lebih cantik. Benang yang digunakan lebih mahal sedikit sebab jenis yang berkilat. Kuantiti benang yang digunakan pun lebih banyak dari sulam biasa. Masa yang diambil untuk siapkan sehelai baju pun lebih lama iaitu antara 5 hari hingga 10 hari bergantung kepada corak sulaman kebaya. Jadi harganya lebih tinggi sedikit dari sulam biasa. Sulam exclusive pula, corak sulamannya lebih banyak, lebih cantik dipandang, sulaman lebih halus, lebih kemas dan lebih semuanyalah. Maklumla, exclusive la katakan. Mesti semua kena lebih. Masa yang diambil untuk siapkan sehelai kebaya exclusive pun dalam 2 minggu hingga satu bulan. Jadi, sudah tentulah harganya lebih mahal dari kebaya-kebaya yang lain kan. Harga yang kami tawarkan pun murah sebenarnya kalau dibandingkan dengan kebaya exclusive yang dijual di tempat lain terutamanya di Melaka. Di Melaka, harga sehelai kebaya boleh mencecah RM3,000. Tp, yg RM3,000 ni ambil masa dekat 3 bulan untuk siap sebab kami pernah jumpa dengan tailor di Melaka untuk deal tentang sulam exclusive ni. Memang mahal, tapi hasilnya memang sangat cantik. Tp, kalau kami jual yang harga mahal, berapa helai je setahun yang boleh dijual kan? Tu sebab selagi boleh kami tawarkan serendah mungkin harga setelah di tolak segala kos yang berkenaan. Akan tetapi, harga yang kami tawarkan takkan lebih rendah dari harga standard. Itu membunuh pasaran kebaya nanti.

Untuk melihat perbezaan sulaman baju kebaya dengan lebih jenis, di bawah ini kami sertakan gambar untuk tiga jenis sulaman kebaya. Semoga selepas ini para pelanggan semua dapat membezakan antara tiga jenis sulaman kebaya ini ya. Kepada sesiapa yang sedang mencari baju kebaya terutamanya baju kebaya nyonya, boleh walk in butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan atau boleh juga boleh secara online di website ecommerce kami iaitu : http://www.izzlegacy.biz. Selain itu, boleh juga whatsapp kami di no tel : 012-6907705.

kebaya_nyonya_hitam_knp2217

Contoh Kebaya Sulam Exclusive

kebaya_nyonya_biru_knp2319

Contoh Kebaya Sulam Tebal

kebaya_nyonya_merah_knp2108

Contoh Kebaya Sulam Biasa

Dalam video di bawah anda boleh tonton bagaimana kebaya disulam. Selamat menonton.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login