Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Langkah-Langkah Pembuatan dan Penghasilan Kebaya Nyonya

kebaya-nyonya-kn7

Izzlegacy Boutique merupakan sebuah butik yang menjual pelbagai jenis baju kebaya terutamanya baju kebaya nyonya. Bermula dari tahun 2010 dengan online perniagaan kecil-kecilan di rumah, seterusnya membuka sebuah butik hasil dari modal perniagaan online dan akan terus berkembang lebih jauh dari semasa ke semasa. Sehingga ke hari ini kami mempunyai lebih dari 2,000 corak dan motif kebaya yang boleh pelanggan pilih untuk buat tempahan. Terdapat lebih dari 400 helai stock kebaya di butik untuk dipilih. Pelanggan boleh walk in ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan atau boleh juga whatsapp 0126907705 untuk pembelian. Untuk kebaya dewasa, paling kecil saiz XS dan paling besar size 6XL. Untuk kebaya kanak-kanak pula, saiz paling kecil dari size 1 tahun dan paling besar 12 tahun.

Walaupun harga kebaya yang kami jual antara yang terendah di pasaran, tapi masih ada lagi yang cakap mahal. Mungkin baru pertama kali nak beli kebaya atau memang seorang yang tidak boleh menilai dan menghargai seni. Kebaya nyonya adalah satu hasil seni sebenarnya kerana kebaya nyonya kami dihasilkan tanpa menggunakan mesin atau komputer. Semuanya hasil seni tangan / hand-made. Langkah pertama dalam pembuatan dan penghasilan kebaya nyonya bermula dengan lukisan tangan corak atau motif kebaya seperti didalam gambar di bawah:

melukis_corak_kebaya

Langkah pertama pembuatan dan penghasilan kebaya nyonya adalah lukisan tangan corak sulaman diatas kain.

Setelah selesai melukis motif dan corak kebaya, langkah kedua adalah sulaman tangan pada corak yang telah dilukis. Sulaman tangan ini mengambil masa yang agak lama juga berdasarkan keunikan motif yang dilukis.

sulaman_tangan_kebaya

Langkah kedua dalam pembuatan dan penghasilan kebaya nyonya adalah sulaman tangan pada corak yang telah dilukis.

Untuk melihat bagaimana sulaman kebaya dilakukan, boleh tengok dua video ni ya:

Video ni untuk proses sulaman benang tebal. Manakala video kat bawah ni pula untuk proses sulaman benang halus.

Setelah selesai membuat sulaman, langkah seterusnya didalam pembuatan dan penghasilan kebaya adalah sulaman tebuk lubang pula. Sulaman tebuk lubang ini juga perlukan masa dan ketelitian yang tinggi. Kebanyakkan kebaya kami dibuat dengan tebukan yang kecil, ini menjadikan kebaya lebih cantik, kemas dan unik.

sulaman_tebuk_kebaya

Langkah ketika didalam pembuatan dan penghasilan kebaya nyonya adalah sulaman kerawang kebaya.

Untuk melihat proses sulaman ayakan kerawang, boleh tengok video ni ya :

Setelah selesai proses sulaman, barulah kebaya dijahit mengikut size yang dikehendaki oleh pelanggan atau dijadikan size untuk kebaya ready stock. Untuk menghasilkan sehelai kebaya, kami perlukan 4 orang pekerja dan memerlukan masa yang banyak. Jadi, oleh sebab itu harga untuk sehelai kebaya agak mahal berbanding dengan pakaian yang lain. Akan tetapi, harga sehelai kebaya yang kami jual bermula dari RM135 memang harga yang murah berbanding dengan kebaya yang dijual dipasaran. Ini kerana kami mempunyai tukang jahit dan pekerja sendiri, jadi kos dapat dikurangkan dan kami tidak menggunakan orang tengah yang pastinya turut mengambil untuk dan ini membuatkan harga jualan sehelai kebaya meningkat tinggi. Jadi, disini kami harap para pelanggan dan bakal pelanggan dapat memahami mengapa harga kebaya boleh mencecah lebih dari RM200 sehelai. Jika, anda ke Melaka, jangan terkejut jika anda jumpa kedai yang menjual sehingga RM2000 – RM300o untuk sehelai kebaya.  Hasil seni memang boleh mencecah ribuan ringgit cuma kami tak nak jual kebaya yang harga ribuan ringgit kerana sukar untuk mendapatkan pelanggan yang sanggup untuk membelinya :-).

kebaya_nyonya_merak_labuh

Proses terakhir pembuatan dan penghasilan kebaya nyonya iaitu menjahit kebaya mengikut saiz yang diminta. Ini adalah gambar untuk kebaya labuh cotton muslimah.

Bagi sesiapa yang sedang mencari kebaya, jemput singgah butik ya. Ada banyak kebaya yang cantik-cantik pelbagai pilihan saiz dan warna. Jika anda tinggal jauh, boleh beli di website kami http://www.izzlegacy.com atau boleh juga whatsapp 012-6907705 untuk response yang lebih cepat.

deretan_baju_kebaya_nyonya

Sebahagian dari kebaya di Izzlegacy Boutique. Banyak kan? So, tunggu apa lagi, jom datang fitting dan shopping kebaya disini.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login