Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Kebaya Nyonya Izzkebaya di Taipei 101, Taiwan

kebaya-taipei-101

Sepanjang kami menjual baju kebaya nyonya secara serius sejak dari tahun 2010, banyak dah negara di seluruh dunia kebaya nyonya kami sampai. Ada yang di beli oleh rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di sana dan ada juga dibeli oleh rakyat negara itu sendiri. Antara negara yang telah kami kirimkan kebaya nyonya adalah Perancis, Belanda, USA, Jepun, Hong Kong, Brunei, Singapore, Australia, Dubai, India, China dan beberapa negara yang lain. Paling banyak kami kirimkan ke Singapore, Brunei dan Australia. Kebanyakkannya cakap nak pakai untuk menghadiri majlis yang bertemakan pakaian tradisional dan juga dipakai untuk menghadiri majlis perkahwinan. Ramai customer kami yang menghadiri majlis perkahwinan di Australia yang banyak menggunakan tema baju kebaya.

Pada bulan lepas, kami mendapat jemputan untuk berkolaborasi dengan selebriti youtube dari Taiwan untuk memperagakan baju kebaya nyonya dipadankan dengan kain batik selisih di bangunan Taipei 101. Seperti yang kita sedia tahu, bangunan Taipei 101 pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum ini dan merupakan sebuah mercu tanda negara Taiwan. Selebriti youtube ini akan memakai set lengkap baju kebaya nyonya dan berjalan-jalan di dalam bangunan Taipei 101. Anda boleh tengok reaksi masyarakat di Taiwan bila melihat seseorang memakai baju kebaya nyonya.

Sememangnya sentiasa cantik tatkala menggayakan baju kebaya nyonya. Tak kisah berapa kecil dan besar saiz badan anda. Juga apa bangsa dan warna kulit anda. Memang fesyen yang sentiasa segar dan tak pernah lapuk di bayangi arus kemodenan. Setiap orang wajib simpan sepasang di dalam almari sebab boleh guna dan pakai dibanyak tempat dan pelbagai jenis keraian terutamanya majlis makan malam dan kenduri kahwin yang bertemakan pakaian tradisional.

Ada satu lagi video yang masih didalam pembikinan  iaitu video baju kebaya tradisional melayu yang dipakai di Taiwan juga. Nanti kami akan kongsikan di ruangan blog ini ya. Bagi yang berminat untuk membelia baju kebaya nyonya boleh singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor atau boleh juga beli secara online di website kami. Jom tonton video baju kebaya nyonya Izzkebaya di Taipei 101, Taiwan :

kebaya nyonya di Taipei 101 taiwan

Wearing kebaya nyonya to Taipei 101. Comel je kan.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login