Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Kebaya Nyonya Lace Sulaman Tangan

Kebaya Nyonya Lace Exclusive Gold

Memperkenalkan koleksi terbaru baju kebaya nyonya di Izzlegacy Boutique iaitu kebaya nyonya lace sulaman tangan. Memang exclusive dan sangat cantik bila dipakai. Diperbuat dari material lace dengan sulaman tangan bermotifkan bunga-bungaan yang cantik. Sesuai dipakai untuk majlis istimewa seperti majlis makan malam, majlis pertunangan, majlis keraian dan sebagainya. Terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik. Available size XS untuk size yang paling kecil dan saiz 6XL untuk size yang paling besar.

Proses untuk menyiapkan baju kebaya nyonya dari koleksi kami dimulai dengan lukisan tangan motif dan corak sulaman diatas kain, seterusnya sulaman ayak menggunakan mesin jahit tangan. Setelah siap disulam, proses seterusnya adalah sulaman tebuk dan akhirnya dijahit menjadi baju kebaya. Proses untuk menyiapkan sehelai baju kebaya adalah diantara 1 minggu hingga 1 bulan bergantung kepada kesukaran dan keunikan corak sulaman. Juga bergantung kepada jumlah warna pada sulaman kerana lebih banyak warna, lebih banyak masa diambil untuk menukar benang.

Sulaman diatas kain lace lebih sukar dan memerlukan penelitian yang lebih. Jadi ianya mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan. Untuk koleksi baju kebaya nyonya lace sulaman tangan yang baru kami perkenalkan ini, harga untuk saiz XS – XL adalah RM300, 2XL – 3XL berharga RM325 manakala size 4XL – 6XL berharga RM350. Harga untuk baju sahaja. Agak mahal kan? Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, sulaman diatas kain lace perlukan penelitian dan masa yang lebih untuk disiapkan. Jadi, harganya agak mahal tetapi pastinya berbaloi kerana kehalusan sulaman tangan dan ianya koleksi yang exclusive. Pastinya cantik dan anggun tatkala menggayakannya.

Kebaya lace ini telah siap dijahit dengan lining, jadi tidak jarang bila dipakai. Ada full lining dan juga ada yang tidak dijahit lining pada tangan. Ini kerana kami pernah keluarkan koleksi baju kebaya lace yang tiada sulaman tangan pada raya puasa tahun lepas, ada customer yang request tidak perlu lining di bahagian tangan kerana mungkin kelihatan lebih cantik. Pelanggan kami terdiri dari pelbagai bangsa di Malaysia dan juga dari luar negara, sebab tu ada dua pilihan lining. Kami akan masukkan lebih banyak pilihan untuk anda pilih di website kami tidak lama lagi. Untuk pengenalan kami kongsikan dua warna baju kebaya nyonya lace sulaman tangan iaitu warna gold dan hitam. Cantik kan? Kalau nak order boleh whatsapp 01296907705 ya.

Kebaya Nyonya Lace Exclusive Gold

Kebaya Nyonya Lace Exclusive Gold

kebaya nyonya lace

Pandangan hadapan baju kebaya nyonya lace sulaman tangan

 

kebaya lace gold

Close up. Cantikkan kan?

 

kebaya lace exclusive

Satu lagi closed up. Kebaya nyonya lace sulaman tangan.

 

kebaya nyonya lace gold

Sulaman pada tangan.

 

kebaya lace sulam tangan

Sulaman di bahagian belakang.

 

Kebaya Nyonya Lace Exclusive Hitam

Kebaya nyonya lace sulaman tangan hitam

 

kebaya nyonya lace hitam

Sulaman pada bahagian tangan.

 

kebaya lace hitam sulam tangan

Yang ni contoh tak jahit lining di bahagian tangan.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login