Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Fesyen Kain Pareo Sebagai Satu Pilihan

kebaya_nyonya_midi_3

Kain pareo ataupun pario kami pun x sure yang mana satu ejaannya tapi bila google akan keluar gambar yang sama, jadi memang ejaannya pareo dan juga boleh dieja dengan pario. Kain pareo memang cantik bila di pakai dan boleh dijadikan sebagai salah satu piilihan dalam fesyen kain anda. Terdapat beberapa jenis pareo di pasaran dan di butik kami ada jual tiga jenis kain pareo iaitu kain pario satin, kain pario songket dan juga kain pario cotton pantai.  Kami juga ada menjual kain batik lepas yang boleh dijadikan pareo jika betul cara ikatnya. Nanti kami kongsikan gambar kat bawah ya.

Bagi yang belum pernah tengok macammana bentuk pareo tu, jom kami kongsikan gambar bila pakai kain pareo ni ya. Memang cantik dan sudah tentu sangat sesuai bila digayakan dengan baju kebaya terutamanya baju kebaya nyonya. Selain dari digayakan dengan baju kebaya, kain pario juga sesuai juga digayakan dengan pakaian yang lain. Sesekali tukar fesyen pun ok jugak kan? Ok, kat bawah jenis-jenis pareo yang kami jual ya.

kain_pareo_kebaya_nyonya

Kain pario satin. Cantik kan? Senang je nak pakai.

 

kain_pareo_songket_remaja

Kain pario songket. Harga tahun 2014 RM60, tapi sekarang ni dah naik harga RM75 (siap buckle) :-)

 

kain_pareo_batik

Kain batik lepas dijadikan pareo. Cantik kan? Baju kebaya plain macam ni ada banyak stok kat butik. Kalau nak boleh order ya.

pareo_pantai_cotton

Kain pario cotton pantai. Takde pulak gambar yang orang pakai.

So, dah tengok gambar tertarik tak nak cuba pakai kain pario ni?Kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak corak dan warna yang sama pun boleh hubungi kami ya. Sebab ada banyak stock dan tak ramai yang jual kain pareo ni. Untuk tengok semua kain pareo yang ada, jemput la follow instagram kami ya. Boleh search instagram kami @pareo_kl ya. Ada banyak pilihan kain pareo.

instagram_pareo_klBila dah minat nak pakai, tertanya-tanya pulak bagaimana cara memakai kain pareo ni kan? Jangan risau, kami dah sediakan video untuk anda.


Dua video ni ada terangkan cara-cara memakai kain pario satin dan songket.

Untuk pakai kain pareo ni, yang penting kena ada buckle. Baru senang nak ikat dan bentuk kain pario. Untuk setiap pembelian kebaya kecuali kain pareo pantai memang kami akan berikan satu buckle bersama-sama dengan pareo. Kalau nak beli lebih pun kami ada jual. Kalau nak beli buckle sahaja pun kami ada jual jugak. Ada dua jenis buckle iaitu buckle plastik dan buckle tempurung kelapa. Lebih cantik kalau pakai dengan pareo tempurung kelapa. Jangan risau tak mudah patah.

buckle_pareo_tempurung_kelapa

Buckle pareo yang dperbuat dari tempurung kelapa. Cantik kan?

buckle_pareo_plastik

Buckle pareo diperbuat dari plastik. Cantik kan? Berwarna-warni.

Untuk pembeli kain pario, boleh beli di website kami di http://www.izzlegacy.biz atau boleh juga walk in ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ada banyak pilihan kain pareo. Selain tu, boleh juga whatsapp 012-6907705 untuk response yang lebih cepat ya.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login