Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Kain Batik Sarawak dan Songket Sarawak kini di Izzlegacy Boutique

kain_batik_songket_sarawak

Update October 2016 – Kami tidak lagi menjual kain batik sarawak. Jika anda sedang mencari baju kebaya, kami menjual pelbagai jenis baju kebaya teutamanya baju kebaya nyonya. Terdapat lebih dari 500 helai baju kebaya nyonya ready stock dengan 10 pilihan saiz iaitu saiz XS paling kecil hingga size 6XL untuk kebaya nyonya yang paling besar. Untuk kebaya nyonya pre-order, terdapat lebih dari 2,200 corak sulaman dan warna boleh dipilih. Untuk pembelian, jemput lawat website kami di: http://www.izzlegacy.biz

________________________________________________________________________________________________

Lama dah tak update blog, diharap rakan-rakan semua sihat dan happy selalu. Ok, untuk bulan March 2015 nie, ada beberapa vendor baru yang mendaftar di Izzlegacy Boutique. Nanti kami update satu per satu dalam entry blog seterunya k. Untuk entry kali ini kami ingin memperkenalkan produk terbaru di Izzlegacy Boutique iaitu Kain Batik Sarawak. Ada banyak pilihan design dan warna untuk koleksi kain batik Sarawak di Izzlegacy Boutique. Didatangkan khas dari Sarawak. Vendor kami nie memang datang naik kapal terbang dari Sarawak hantar kain batik Sarawak untuk di jual di butik Izzlegacy. Memang cantik-cantik dan rambang mata dibuatnya. Kami pun dah pilih beberapa helai untuk di jahit baju kurung, kebaya moden dan baju melayu. Saja nak try design baru. Mana tau cantik kan? Boleh pasarkan nanti.

Koleksi kain batik Sarawak di Izzlegacy Boutique nie ada tiga jenis material iaitu koshibo, cotton dan gold printed cotton. Material koshibo memang lembut, sejuk dan selesa dipakai. Gold printed cotton pula untuk kain batik songket sarawak. Jadi, sesiapa yang sedang cari kain batik songket sarawak, jemput singgah ke Izzlegacy Boutique ya. Bagi yang tinggal jauh atau tidak berkesempatan untuk singgah ke butik, anda juga boleh membeli kain batik Sarawak secara online di website kedai online kami di: http://www.izzlegacy.biz.  Kain batik sarawak nie semuanya didatangkan dengan panjang 2 meter dan bidang 45 inci. Harga pulak ada dua harga iaitu RM35 dan juga RM50.

Selain dari kain batik Sarawak, vendor kami juga turut menjual baju kelawar bercorakkan batik Sarawak. Memang cantik, diperbuat daripada material yang sejuk, lembut dan selesa dipakai. Harga pun RM35 je. Jom ramai-ramai singgah shopping di Izzlegacy Boutique ya sebab selain daripada kain batik Sarawak, ada macam-macam lagi produk yang menarik di sini. Tak rugi kalau singgah. Untuk pertanyaan dan kalau tak jumpa butik, boleh call no tel butik di talian 03-89596970 atau boleh juga call/sms/whatsapp no tel ni ye: 012-6907705.

Berikut adalah antara gambar-gambar koleksi kain batik Sarawak di Izzlegacy Boutique:

kain_batik_sarawak

Antara corak dan warna kain batik Sarawak yang ada dijual di Izzlegacy Boutiqu

Share this:
1 Comment
  1. berapa ya kain batik sarawak if amik borong

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login