Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Izzlegacy Boutique di Harian Metro

interview_dengan_harian_metro

Sebelum ini kami ada tulis entry tentang sesi interview dan shooting dengan paper Harian Metro dan hari ini rencana tentang Izzlegacy Boutique telahpun disiakan di Harian Metro. Tajuk rencana “Kebaya Sampai Paris”. Kepada yang tidak berkesempatan untuk membeli paper Harian Metro hari ini, kami kongsikan rencana tentang Izzlegacy Boutique di Harian Metro di sini ya. Terima kasih kerana menyokong kami sejak dari tahun 2010 hingga ke hari ini. Diharap sedikit sebanyak rencana tentang Izzlegacy Boutique di Harian Metro ini dapat memberikan impak positif kepada perniagaan butik kebaya kami. Bagi peminat kebaya, jemput singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan ya. Terdapat pelbagai jenis baju kebaya terutamanya baju kebaya nyonya. Kalau nak cari baju kebaya plus size pun ada. Ready stock sehingga size 6XL dan tempahan berapa besar pun kami terima. Paling besar setakat ini size 10XL. Selain daripada kebaya, kami juga turut menjual kelengkapan kebaya seperti dokoh kebaya, kerongsang rantai, payung kertas, cucuk sanggul dan tali pinggang besi. Berikut adalah salinan rencana tentang Izzlegacy Boutique di Harian Metro seperti yang disiarkan siang tadi ya.

kebaya_di_harian_metro

Keratan akhbar Izzlegacy Boutique di Harian Metro bertajuk “Kebaya Sampai Paris”

Salinan penuh rencana tentang butik kebaya Izzlegacy Boutique:

Serdang: Bermula dengan menjual secara kecil- kecilan di rumah dengan hanya beberapa koleksi saja, kini kebaya dihasilkan sudah sampai ke Paris, Dubai, Amerika Syarikat, Mesir dan Jepun.

Koleksinya pula sudah 2,357 pasang dengan saiz sehingga 10 kali XL.

 Percubaan suami isteri, Faizul Izwan Jamaludin,35, dan Nur Aina Izzati Mohd Tan 26, itu sememangnya berbaloi apabila mereka kini ‘diburu’ penggemar kebaya.

Menurut Faizul yang juga bekas jurutera, dia dan isteri memilih menjual kebaya kerana pakaian itu tidak banyak dijual di Kuala Lumpur.

“Pada mulanya, saya jual pakaian wanita ini di rumah saja dan ubah suai sebuah bilik untuk dijadikan ‘fitting room’ (bilik menukar pakaian).

“Selepas ada modal, baru saya buka butik dan tambah koleksi kebaya yang kini mempunyai 2,357 koleksi kebaya pelbagai saiz sehingga 10 kali XL,” katanya ketika ditemui di butik Izzlegacy miliknya, di Pusat Bandar Putra Permai, di sini.

Faizul berkata, kebaya boleh digayakan oleh sesiapa tanpa mengira bangsa dan acara.

“Kebanyakan pelanggan saya berbangsa Melayu akan beli untuk digayakan ketika kenduri kahwin atau malam berinai.

“Jika pelanggan berbangsa Cina, mereka akan gayakan ketika majlis makan malam atau majlis di luar negara sebagai simbolik untuk mempamerkan budaya rakyat Malaysia,” katanya yang mendapatkan bekalan kain untuk dijadikan kebaya dari seluruh dunia termasuk Indonesia.

Menurutnya, dia menawarkan pelbagai jenis kebaya.

“Kami ada kebaya dengan corak pelbagai motif seperti burung, bunga dan rama-rama.

“Antara jenis kebaya yang ada di butik kami adalah Nyonya, Lace, Bali, Kota Bharu dan Labuh,” katanya.

Menurut Faizul, harga yang ditetapkan sangat berpatutan bergantung pada corak dan jenis kain yang digunakan.

“Harga kebaya yang dijual juga tidak mahal, hanya sekitar RM180 hingga RM220 mengikut jenis sulaman,” katanya.

Berikut adalah video tentang Izzlegacy Boutique yang disiarkan di slot HM Viral:

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login