Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Kebaya Nyonya Giveaway Contest by Izzlegacy Boutique

kebaya_giveaway_2016

Salam semua. Menjelang tahun baru 2016 yang tinggal beberapa hari je lagi nie, kami dari team Izzlegacy Boutique ingin memberikan hadiah sehelai baju kebaya nyonya kebaya insan yang bertuah. Ya, mulakan tahun baru 2016 dengan memenangi baju kebaya nyonya dari koleksi Izzlegacy Boutique yang bernilai RM140. Terbuka kepada semua saiz, tak kisahlah kalau anda bersaiz XS ataupun bersaiz 6XL. Hadiah memang ada kerana koleksi kebaya di Izzlegacy Boutique bermula dari saiz paling kecil iaitu saiz XS (Extra Small) hingga ke saiz paling besar iaitu size 6XL. Hadiah kedua pun ada tapi bukan baju kebaya nyonya tapi satu set kerongsang kebaya. Ok, menarik kan hadiah yang kami tawarkan? Seterusnya, macammana nak join contest nie kan? Ok, untuk join contest nie mudah je.

kebaya_giveaway_2016

  1. Semestinya anda kena buat satu entry blog tentang “Kebaya Nyonya Giveaway Contest by Izzlegacy Boutique”. Masukkan jugak banner contest kat atas ni dalam entry blog anda nanti ya.
  2. Keduanya, didalam entry tentang giveaway nie anda perlu tulis satu ayat promosi tentang koleksi kebaya nyonya di Izzlegacy Boutique. Entry dengan ayat promosi yang paling menarik hati team Izzlegacy Boutique akan memenangi hadiah yang kami tawarkan.
  3. Lepas siap tulis entry tentang giveaway nie, jangan lupa copy link entry dan paste di ruangan komen kat bawah nie ye. Kalau tak nanti kami tak tau pulak yang anda ada menyertai giveaway nie.
  4. Anda juga perlu tag entry kebaya nyonya giveaway anda dengan sekurang-kurangnya 6 (enam) rakan blogger anda yang lain.
  5. Bila dah siap semua. Nantikan kami umumkan pemenang ya.

Ok. Senang je kan syaratnya. Contoh ayat promosi “Kepada rakan-rakan semua yang sedang mencari baju kebaya nyonya dan juga set kelengkapan baju kebaya, boleh dapatkan di Izzlegacy Boutique. Butik nie ada jual banyak baju kebaya nyonya. Terletak di The Atmosphere Seri Kembangan, so kalau sape yg tinggal area Lembah Klang boleh la singgah terus ke Izzlegacy Boutique. Kalau tinggal jauh, jangan serabut dan gundah gulana sebab boleh jugak beli secara online di website ecommerce Izzlegacy Boutique iaitu http://www.izzlegacy.biz.

Kami ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya menjadi insan bertuah yang akan memenangi sehelai baju kebaya nyonya sulam tangan dan set kerongsang kebaya dari Izzlegacy Boutique.

Bagi yang belum mengenali Izzlegacy Boutique, kami merupakan butik kebaya nyonya dan juga butik vendor yang beroperasi di The Atmosphere, Seri Kembangan. Kami juga mempunyai sebuah lagi cawangan yang sedang dalam proses renovation di Seri Manjung, Perak. Produk utama kami adalah baju kebaya nyonya dimana terdapat lebih dari 350 helai kebaya nyonya ready stock dengan pelbagai pilihan corak, warna dan saiz. Selain itu, terdapat hampir 1,500 design baju kebaya nyonya pre-order yang boleh anda pilih di website kami (http://www.izzlegacy.biz). Kami telah menjual baju kebaya nyonya sejak dari tahun 2008, sebab tu koleksi kebaya nyonya dah dekat 1,500 design. Banyak kan? Memang rambang mata kalau nak pilih. Bagi yang perasan, kami banyak sponsor artis untuk drama, telemovie, cerekarama dan juga filem. Tapi, kredit tajaan lepas abis cerita jadi mesti ramai yang tak perasan sebab lepas abis cerita tukar cannel lain :-).

Selain dari kebaya nyonya, terdapat juga kebaya nyonya kanak-kanak dari umur 1 tahun hingga 12 tahun, kebaya cotton, kebaya lace, kebaya labuh dan semua yang berkaitan dengan kebaya ada dijual di butik kami. Kami juga merupakan sebuah butik konsep vendor. Terdapat pelbagai jenis produk vendor turut dijual di butik kami. Jadi, bagi yang berkesempatan untuk singgah ke butik kami, memang x rugi sebab ada macam-macam produk dijual di Izzlegacy Boutique. Oklah, panjang pulak pengenalannya. Sekali lagi kami ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya. Nantikan kami umumkan pemenang nanti ya.

Share this:
6 Comments

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login