Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

FAQs – Kebaya

Berapa banyak kebaya dalam koleksi Izzlegacy Boutique (Izzkebaya)?

Dibutik kami terdapat pelbagai jenis baju kebaya seperti baju kebaya nyonya, baju kebaya muslimah, baju kebaya kota baru, baju kebaya lace, baju kebaya cotton moden, baju kebaya chiffon dan beberapa jenis lagi baju kebaya. Produk utama kami adalah baju kebaya nyonya dimana terdapat lebih kurang 500 helai baju kebaya nyonya ready stock setiap masa di butik kami. Ini kerana kami mengekalkan jumlah kebaya yang banyak untuk memberikan pilihan dan kepuasan kepada pelanggan tatkala membeli kebaya di butik kami. Terdapat 10 pilihan saiz iaitu dari saiz XS paling kecil hingga size 6XL paling besar. Selain itu, kami turut menjual baju kebaya kanak-kanak. Available size 1 tahun hingga 12 tahun.

Adakah semua baju kebaya dijual satu set dengan kain?

Kami menjual baju kebaya berkonsep mix and match, jadi baju kebaya dan kain dijual secara berasingan. Terdapat beberapa pilihan kain seperti kain batik selisih, kain batik kipas depan, kain batik kembang payung berlabuci, kain batik kembang payung, kain pareo satin dan kain pareo songket. Harga diantara RM50 – RM70.

Bagaimana nak ke butik Izzlegacy (Izzkebaya)?

Butik kami terletak di Seri Kembangan, Selangor. Oleh sebab Seri Kembangan ni luas, ramai yang confuse dengan lokasi sebenar butik kami. Ini kerana bila sebut Seri Kembangan, ramai yang akan fikir dekat dengan area The Mines Shopping Complex. Butik kami tidak terletak berdekatan dengan The Mines ya, tetapi terletak berdekatan dengan Equine Park dan Pasar Borong Selangor. Kalau pernah pergi ke Farm In The City, dah dekat sangat dah dengan butik kami. Jika anda dari KL atau Ampang, Batu Caves, Gombak, Selayang dan kawasan yang sewaktu dengannya anda boleh menggunakan highway MEX (KL – Putrajaya). Jalan memang clear & kalau dari KL ambil masa 20 minit je. Nanti keluar exit Seri Kembangan. Lepas toll nanti ada simpang tiga, kiri ke Seri Kembangan, kanan ke Puchong. Ambil kanan ya, kemudian terus je sampai nampak Giant. Simpang empat sebelum Giant, masuk kiri. Kemudian, tak jauh dari situ (100 – 200 meter) ada simpang ke kanan. Dari simpang tu nanti nampak kedai makanan arab dan kedai mamak warna biru Al Sabiha. Simpang tadi tu masuk kanan then masuk kiri ke kedai mamak. Butik kami selang sebuah je dari kedai mamak Al Sabiha tu.

Ok, kalau dari Petaling Jaya, Kepong, Sg Buloh, Shah Alam, Subang, Subang Jaya, Sunway dan kawasan sewaktu dengannya senang guna LDP je sebab butik kami dalam 3km je dari toll LDP Puchong ke arah Putrajaya. Lepas toll LDP Puchong, ada susur kiri ke Seri Kembangan. Masuk susur kiri tu, nampak Giant kat sebelah kanan. Depan Giant ada traffic light simpang empat. Masuk kanan. Kemudian, tak jauh dari situ (100 – 200 meter) ada simpang ke kanan. Dari simpang tu nanti nampak kedai makanan arab dan kedai mamak warna biru Al Sabiha. Simpang tadi tu masuk kanan then masuk kiri ke kedai mamak. Butik kami selang sebuah je dari kedai mamak Al Sabiha tu.

Kalau dari Kajang, Bangi, Semenyih, Nilai, Seremban, Banting pula, jalan terus menuju ke toll LDP Puchong. Nanti 2km sebelum toll, ada susur kiri ke Seri Kembangan. Maintain kiri akan jumpa traffic light. Masuk kanan, nanti lepas 100m lepas masuk kanan akan nampak Giant dekat sebelah kanan. Depan Giant ada traffic light simpang empat. Masuk kanan. Kemudian, tak jauh dari situ (100 – 200 meter) ada simpang ke kanan. Dari simpang tu nanti nampak kedai makanan arab dan kedai mamak warna biru Al Sabiha. Simpang tadi tu masuk kanan then masuk kiri ke kedai mamak. Butik kami selang sebuah je dari kedai mamak Al Sabiha tu.

Saya tinggal di luar Lembah Klang, bagaimana untuk saya beli kebaya dengan Izzlegacy Boutique (Izzkebaya)?

Jika anda tinggal jauh, anda boleh shopping kebaya di website ecommerce kedai online kami iaitu http://www.izzlegacy.biz. Selain itu, anda juga boleh whatsapp kami di no tel 012-6907705 untuk pembelian kebaya. Nanti kami akan send ukuran saiz dan semua gambar yang ready stock available.

Bagaimana nak tempah kebaya pre-order dan custom-made?

Buat masa ini kami mempunyai lebih dari 2,200 corak dan motif kebaya untuk anda pilih. Jika anda mempunyai corak dan motif kebaya yang anda jumpa di internet dan bukan dari butik kami pun kami boleh buatkan. Anda boleh pilih ukuran saiz standard dan jika anda ingin kami buatkan custom-made ikut ukuran badan anda pun boleh. Untuk pre-order kebaya, anda hanya perlu bayar deposit sebanyak RM50 untuk confirm order. Kebaya pre-order boleh pilih dengan klik pada LINK KEBAYA PRE-ORDER ini ya.

Mengapa harga kebaya nyonya berbeza-beza?

Harga kebaya nyonya ada beberapa harga untuk setiap saiz kerana beberapa faktor iaitu jenis material (ada material bawal, cotton, kasa rubiah, chiffon dan satin velvet), jenis sulaman (sulam biasa dan sulam tebal) dan juga corak sulaman. Ada corak sulaman kebaya yang ambil masa 2-3 hari, ada yang seminggu dan ada yang paling lama hampir 1 bulan untuk siapkan sehelai kebaya nyonya. Jadi harganya memang berbeza. Lebih-lebih lagi faktor corak sulaman. Lagi banyak masa yang diambil lebih mahal harga kebaya tu jadinya. Lebih-lebih lagi kebaya nyonya di butik kami ada buatan tangan sepenuhnya. Bermula dari lukisan pada kain, sulaman benang, sulaman ayak kerawang hingga jahit menjadi baju kebaya, semuanya manual.

Share this:

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login