Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Kenapa Perlu Beli Kebaya di Butik Kebaya Izzlegacy?

photoshoot_kebaya_nyonya_outdoor

Ya, kenapa perlu beli kebaya di butik kebaya Izzlegacy ya? Sedangkan ada ramai yang jual kebaya kat luar sana. Ramai ke?Rasanya tak ramai sangat yg jual kebaya, tapi dari pemerhatian kami sekarang ni makin ramai dah yang minat nak jual kebaya. Ramai juga yang hubungi kami untuk beli kebaya dengan harga borong. Mungkin juga sebab dah nak raya ni. Ramai yang berminat nak berniaga kebaya sempena hari raya ni. Tapi, kami xde jual borong. Sebab apa tak jual borong sebab nanti yang beli borong tu akan main harga. Bila tak laku atau lepas raya dah x nak jual kebaya, yang berniaga kecil-kecilan dan part time ni akan jatuhkan harga serendah yang boleh sehingga harga modal. Sebab tak nak simpan stock dah lepas ni. Ini akan memberikan kesan jangka panjang kepada perniagaan kami sebab bila ada yang menjatuhkan harga atau menjual dengan harga modal pastinya merosakkan pasaran kebaya di Malaysia ni. So, kalau nak berniaga, berniaga la secara serius, jujur dan berterusan ya. Jangan hanya untuk mengambil kesempatan masa raya je. Rosak pasaran kebaya nanti. Ok, mengapa perlu beli kebaya dengan Izzlegacy Boutique terutamanya baju kebaya nyonya?

butik-kebaya-izzlegacy

Butik kami terletak di tingkat satu ya. Kena naik tangga sikit. Tapi, berbaloi sebab ada banyak pilihan kebaya.

Pertamanya kami mula menjual baju kebaya nyonya sejak tahun 2008 lagi. Jadi tahun depan dah satu dekad menjual kebaya nyonya. Kiranya dengan pengalaman hampir 10 tahun berniaga baju kebaya nyonya, kami boleh di anggap sebagai peniaga kebaya yang boleh dipercayai aka trusted seller. Ramai yang takut nak beli online kerana takut kena tipu dengan penjual. Jadi, jangan risau ya. Jemput shopping baju kebaya nyonya di website kami ya. Kualiti terjamin. Website butik kebaya nyonya online kami adalah : http://www.izzlegacy.biz. Bagi yang tinggal berdekatan dengan Seri Kembangan, Selangor jemput singgah ke butik kebaya kami di The Atmosphere, Seri Kembangan ya. Ada banyak pilihan baju kebaya. Pasti ada yang akan menarik minat anda untuk membelinya nanti. Sebab memang cantik-cantik semuanya. Tak percaya lawat la website kedai online kami. Cuci-cuci mata dulu.

Keduanya, kami mempunyai hampir 1,000 helai baju kebaya nyonya ready stock dengan 10 pilihan saiz (saiz XS – 6XL). Ada banyak pilihan warna dan corak sulaman. Kebiasaanya baju kebaya nyonya yang dijual di pasaran sekarang ni paling besar pun size 3XL tapi memang tak banyak pilihan dan tak ramai yang jual. Boleh dikatakan memang jarang sangat dan susah nak cari baju kebaya nyonya plus size ni. Akan tetapi, di butik kebaya kami, ada banyak pilihan baju kebaya nyonya plus size dari size 3XL – 6XL. Kalau lebih besar dari 6XL jangan risau, boleh pre order. Size 10XL pun ada customer pernah order. Kebaya nyonya bukan untuk yang kurus atau yang body ada shape je, tapi semua orang pun boleh berkebaya. Memang cantik dan ayu bila berkebaya. Tak percaya, cuba la beli sehelai. Untuk koleksi hari raya tahun ni kami akan keluarkan koleksi kebaya nyonya plus size sehingga size 10XL. Untuk kebaya nyonya pre-order, buat masa ini terdapat hampir 3,000 warna dan corak sulaman boleh dipilih. Size ukuran sendiri pun boleh. Tapi, pre order lambat sikit siapnya. Ambil masa antara 4-6 minggu untuk disiapkan sebab kebaya nyonya kami sulaman tangan. Jadi, ambil masa untuk lukis, sulam benang dan sulam kerawang. Tapi, kualiti memang terbaik dan tahan lama.

Ketiganya, kami mempunyai tukang lukis dan juga tukang sulam sendiri. Jadi, anda boleh request apa juga jenis dan motif sulaman yang anda inginkan. Nak tukar warna benang sulaman pun boleh. Tapi, ada kos tambahan ya. Jika anda inginkan tempah baju kebaya dengan warna dan corak sulaman yang sama untuk kuantiti yang banyak pun kami boleh buatkan. Tahun lepas, pengeluar coklat Ferrero Rocher ada buat tempahan 100 set baju kebaya nyonya dengan kami. Warna kebaya dan corak sulaman yang sama. Jadi, jika anda ingin menempah kebaya untuk sesuatu acara atau untuk bridesmaid anda, boleh la hubungi kami ya. Berapa banyak helai pun boleh kami buatkan untuk anda.

Keempat, jika kebaya yang anda beli dengan kami, setelah banyak kali pakai pasti ada benang sulam yang tercabut jika tidak betul cara penjagaannya dan mungkin anda termasukkan kebaya nyonya ke dalam mesin basuh. Jadi, kebaya nyonya anda rosak dan tidak cantik dah nak pakai. Atau tengah pakai kebaya terlanggar benda tajam dan berlubang sikit baju kebaya nyonya anda. Kalau rosak, pasti tak pakai lagi dah kan? Rugi je nanti. Jangan risau, jika anda beli kebaya dengan kami, lepas pakai beberapa kali dan tetiba rosak pulak kebaya anda, jangan dibuang atau disimpan, hantarkan kepada kami kerana kami boleh tolong repair kebaya anda. Sulaman rosak, boleh disulam kembali tempat yang rosak. Kebaya terkoyak atau berlubang, boleh disulamkan bunga di atas tempat yang berlubang. Jadi, boleh diselamatkan dan boleh dipakai kembali. Ada sedikit cas untuk membaikpulih, tapi tak mahal pun. Untuk bayar upah pada tukang sulam kami je. Kalau beli kebaya nyonya di tempat lain, xde offer macam ni kan? Jadi, kenapa perlu beli kebaya nyonya dengan Izzlegacy Boutique? Banyak kelebihannya kan? Kebaya nyonya keluaran kami jika betul cara pemakaiannya, cara penjagaannya dan cara membasuhnya, lepas 4 hingga 5 tahun pun masih lagi cantik dipakai.

Kelima, kebaya nyonya yang kami jual boleh dikatakan dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Takde la mahal sangat. Harga mampu milik dan berpatutan dengan seni sulaman tangan untuk menyulam baju kebaya nyonya dari koleksi kami. Harga kebaya kami bergantung kepada jenis sulaman, material yang digunakan, size kebaya dan nilai-nilai tambah yang lain. Ada kebaya nyonya yang dijual dengan harga yang lebih murah dari kami mungkin kerana sulaman kebaya yang dijual bukan sulaman tangan, sebaliknya sulaman mesin. Sulaman mesin ni murah sikit tapi sulamannya cepat rosak. Satu lagi, maybe peniaga kecil-kecilan yang menjual di internet dan berniaga di rumah sahaja. Jadi, tiada kos overhead yang perlu ditanggung. Jadi, mungkin boleh jual murah sikit.

Jika anda sedang mencari baju kebaya ataupun tengah survey-survey butik kebaya berdekatan dengan ada, jemput la singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan ya. Ada banyak pilihan baju kebaya di sini. Tempat letak kereta banyak. Parking pun free dan tak perlu risau nak kena saman. Tempat makan pun banyak dekat sekitar butik kami. Sedap-sedap semuanya. Tak lama lagi nak puasa dan nak raya dah. Pasti ramai yang tengah cari baju raya nanti. Apa kata masukkan set baju kebaya nyonya sepasang dengan kain batik tailormade kami didalam senarai persalinan raya anda. Mesti cantik bila beraya nanti. Bagi yang tinggal jauh, boleh juga beli kebaya di website kebaya online kami ya. Beli hari ni, paling cepat esok dah sampai. Jom ramai-ramai kita berkebaya, warisan fesyen zaman-berzaman, tak pernah lapuk dibanyangi fesyen moden. Sentiasa cantik, ayu dan bergaya tatkala berkebaya.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login