Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Jom Shopping Kebaya Nyonya

banner-kebaya-fb2

Hai kebaya lovers semua, lama dah tak menulis blog di website ni. Cuti sekolah dah nak hampir tiba, maka banyaklah jemputan kenduri kawin kan? Selain tu, hujung tahun jugak banyak company dinner dan juga family day. Tak lupa juga tak lama lagi ada dua lagi perayaan yang bakal menjelma iaitu Deepavali dan jugak Krismas. Masanya untuk mencari pakaian yang sesuai kan?. Berdasarkan pengalaman kami menjual baju kebaya nyonya sejak 10 tahun yang lalu, memang ramai yang akan mencari baju kebaya nyonya sepanjang bulan November dan Disember ni. Oleh sebab tu, kami dah tambah banyak ready stock baju kebaya nyonya, set kain batik dan aksesori kebaya untuk anda pilih nanti. Jika anda bersaiz badan kecil ataupun gempal, jangan risau pasti ada size yang sesuai untuk anda. Koleksi baju kebaya nyonya kami available size SS untuk yang paling kecil dan size 10XL untuk yang paling besar. Kalau masih tak cukup kecil, anda boleh cuba size 12 tahun kebaya kanak-kanak juga. Sebab ramai jugak customer walk in ke butik yang berbadan kecil membeli kebaya budak size 12 tahun.

Untuk anak-anak yang bersekolah, hujung tahun juga ramai ibu bapa yang mencari baju kebaya nyonya kanak-kanak kerana hujung tahun sekolah akan mengadakan majlis penutup sesi persekolahan. Jadi, ramai anak-anak yang akan membuat persembahan. Kebanyakkan yang membeli kebaya nyonya untuk persembahan sekolah pasti akan membeli sekali payung kertas nyonya yang comel dan cantik untuk digayakan bersama-sama dengan set baju kebaya nyonya pilihan.

Jika anda sedang dan akan mencari baju kebaya nyonya, boleh la singgah shopping kebaya nyonya di butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor ya. Kalau andai tinggal di sekitar Lembah Klang dan juga kawasan berhampiran sepert Kajang, Bangi, Putrajaya, Nilai, Dengkil dan lain-lain. Senang je nak ke butik kami sebab ada banyak highway boleh digunakan. Kalau nak kami guide, boleh call 03-89596970 ya. Nak lagi senang, waze je “IZZLEGACY BOUTIQUE”. Confirm selamat sampai. Butik kami dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad. Isnin tutup. Waktu operasi untuk Selasa – Jumaat pkl 9 pg hingga 6ptg manakala Sabtu dan Ahad pkl 10pg – 7 ptg.

butik-kebaya-nyonya

Cari je signboard IZZKEBAYA ni ya. Butik tingkat 1.

Jika anda tinggal jauh or tidak berkesempatan untuk singgah ke butik kami, anda juga boleh shopping kebaya nyonya secara online di website kami iaitu di http://www.izzlegacy.biz . Semua tempat pun boleh pos asalkan alamat anda ada dalam sistem pos. Tak kisah anda di Sabah, Sarawak, Semenanjung, Brunei, Singapore or dimana-mana pun di seluruh dunia kami boleh poskan kebaya nyonya untuk anda. Memang banyak juga customer dari luar negara yang membeli baju kebaya nyonya dengan kami. Selain dari pembelian di website, anda juga boleh buat belian di whatsapp dan telegaram di no telefon ini ya : 012-3199026 (whatsapp/telegram) ,019-7690965 (whatsapp).

Bagitau kawan-kawan, adik beradik, sedara mara dan semuanya kalau nak beli kebaya nyonya, boleh beli dengan Izzlegacy Boutique ya. Ada banyak pilihan warna, motif dan size. Jom ramai-ramai shopping baju kebaya nyonya. Memang cantik, ayu dan ceria je bila berkebaya nyonya. Tak percaya? Jom tengok koleksi gambar-gambar yang dikongsikan oleh customer-customer kami bila berkebaya. Boleh KLIK SINI ya. Jumpa anda di butik dan juga di website dan juga di whatsapp/telegram nanti ya.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login