Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Interview dan Shooting Kebaya dengan Harian Metro

shooting_hm_viral

Pada 24 Nov 2016 yang lepas, kami mendapat peluang untuk di inteview dan shooting kebaya dengan akhbar Harian Metro. Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Harian Metro kerana memberi peluang kepada kami. Sesi interview ini akan disiarkan di dalam akhbar Harian Metro pada hari rabu akan datang. Selain disiarkan di akhbar, sesi interview ini juga diadakan shooting video untuk disiarkan dalam kolum HM Viral di youtube. Jadi, dua dalam satu. Terima kasih sekali lagi kepada akhbar Harian Metro. Harap lepas ni ada lagi paper yang sudi untuk interview kami.

Terima kasih juga kepada tiga model yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjayakan sesi interview dan shooting kebaya ini ya. Awal pagi dah datang untuk mekup. Nak masuk paper dan youtube kena cantik-cantik 🙂 Cadangnya nak gayakan beberapa persalinan koleksi kebaya di butik tetapi wartawan Harian Metro kesuntukan masa, jadi dapat gayakan seorang sehelai sahaja. Takpe, dekat dalam entry ni kami kongsikan gambar baju yang lain. Bagi dua orang model yang lambat sampai sebab kereta rosak, terima kasih sebab datang jugak walaupun sesi interview dah abis. Alang-alang dah datang, buat photoshoot terus.

Kepada sesiapa yang sedang mencari baju kebaya nyonya or lain-lain jenis kebaya untuk menghadiri kenduri or apa-apa event pakaian traditional, jemput singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ada banyak kebaya ready stock. Selain dari baju kebaya, anda boleh juga dapatkan kain untuk dipadankan dengan baju kebaya dan juga aksesori kebaya seperti kerongsang, dokoh, cucuk sanggul, payung kertas, tali pinggang besi dan juga kipas kertas. Jom ramai-ramai singgah shopping di Izzlegacy Boutique. Kalau tinggal jauh, boleh juga shopping secara online di website kami : http://www.izzlegacy.biz

mekup_model_photoshoot

Mekup dulu. In house mekup. Sape2 yang nak mekup, boleh datang mekup di Izzlegacy Boutique. Harga kawan-kawan je.

interview_dengan_harian_metro

Sesi interview sedang berlangsung. Owner tengah terangkan tentang jenis-jenis kebaya yang model pakai.

shooting_hm_viral

Tengah rakam video.

model_kebaya_nyonya

Budak kecik ni pun sibuk nak interframe.

model_kebaya_izzkebaya

Terima kasih kepada tiga model yang menjayakan sesi interview

dua_gadis_berkebaya

kebaya_cheongsam

kebaya_chiffon_dengan_kain_pareo_satin

kebaya_exclusive

kebaya_lace_dengan_kain_pareo_songket

kebaya_moden_dengan_kain_kembang_labuci

kebaya_nyonya_biru

kebaya_nyonya_biru_dengan_kain_batik_selisih

kebaya_nyonya_dengan_kain_batik_kembang_payung

kebaya_nyonya_dengan_kain_kipas

kebaya_nyonya_kuning

kebaya_nyonya_merah_dengan_kain_batik_kembang_payung

kebaya_nyonya_size_xxl

kebaya_nyonya_ungu

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login