Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

Cara-Cara Pakai Kebaya Nyonya

customer_izzkebaya236

Bagi yang berminat dan baru pertama kali nak pakai kebaya nyonya, di sini kami akan kongsikan kepada anda cara-cara pakai kebaya nyonya sebab kebaya nyonya ni lain sikit dari baju biasa. Sekadar info, kebaya nyonya terdapat dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Sulaman kebaya nyonya perlu dicantumkan kiri dan kanan. Untuk pastikan cantuman tidak senget, anda perlu cantumkan di bahagian bucu bawah terlebih dahulu barulah di bahagian atas. Sulaman kebaya nyonya kami di bahagian depan, tangan dan belakang. Terdapat pelbagai jenis motif dan warna. Semua kebaya nyonya dari butik kami diperbuat dari sulaman tangan sepenuhnya.

Baju kebaya nyonya tidak mempunyai butang, jadi anda perlu pakai kebaya nyonya dengan pin atau kerongsang. Mengapa kebaya nyonya tiada butang? Kebaya nyonya tidak mempunyai butang untuk memudahkan anda memakai kebaya nyonya mengikut bentuk badan anda. Anda boleh adjust di bahagian dada dan di bahagian pinggang sebelum memakai pin. Baru la cantik bila pakai. Kalau dah siap butang, kebaya nyonya tak ikut shape, lurus je.

Cara-Cara Pakai Kebaya Nyonya. Bahagian depan kena lipat dulu ya.

Cara-Cara Pakai Kebaya Nyonya. Bahagian depan kena lipat dulu ya.

Dibahagian depan baju kebaya nyonya, anda perlu lipatkan sebelum pin atau pakai kerongsang. Ramai yang silap, tak lipat terus pakai pin atau kerongsang. Dah tak cantik sebab kalau tak lipat sulamanan kebaya jadi terbalik. Untuk memahami dengan lebih mudah cara-cara pakai kebaya nyonya, boleh tengok video ni ya.

Vidoe Cara-Cara Pakai Kebaya Nyonya

Dah tau cara-cara pakai kebaya nyonya, boleh la beli ya. Untuk pembelian, boleh singgah ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor. Ada banyak stock. Macam-macam warna ada. Available size XS  hingga 6XL. Kalau tinggal jauh, boleh lawat website ecommerce kedai online kami di http://www.izzlegacy.biz

Kebaya nyonya sesuai dipakai untuk pelbagai jenis majlis keraian dan sekarang ni kebaya nyonya banyak juga digunakan untuk tema majlis dinner dan perkahwinan. Jadi, kena simpan satu set baju kebaya nyonya dalam almari pakaian anda. Mudah nanti kalau dapat jemputan yang bertemakan pakaian tradisional atau tema kebaya, x susah-susah nak cari dah.

Share this:

Leave a Reply


 

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login