Subscribe
Butik Kebaya Nyonya KL
Call Us : 03-89596970

About Us

IzzLegacy Boutique (Izzkebaya) dimiliki oleh Izzlegacy Boutique and Cafe (SSM Reg. No: 002329979-U), sebuah perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

IzzLegacy Boutique beralamat di No 28-1, Block A, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Jalan Atmosphere 3, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Lokasi butik terletak bersebelahan dengan Restoran Al-Sabiha dan berdekatan dengan Giant Seri Kembangan, Downtown Prima Tropika, dan Farm In The City Seri Kembangan. Waktu butik beroperasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 7 petang (Selasa hingga Ahad). Butik akan ditutup pada hari Isnin setiap minggu.

Kami telah memulakan perniagaan online sejak tahun 2010 diatas nama IzwanIzzati Collections (www.izwanizzati.com) dan IzzKebaya Collection (www.izzkebaya.com). Perniagaan kami telah mendapat liputan di dalam media cetak dan elektronik. Kami pernah ditemuduga dan disiarkan didalam ruangan fesyen di akhbar Metro, Kosmo, majalah Dara.com, majalah MIDI dan rancangan Saffiya TV9. Kami pernah menaja pakaian untuk Rancangan Apa Kata Wanita yang disiarkan RTM1 dan tajaan kebaya untuk dipakai oleh Izreen Azminda didalam drama bersiri bertajuk 7 Suami dan juga Izreen Azminda dan Dian P.Ramlee didalam Cerekarama bertajuk Perjalanan. Koleksi kebaya nyonya kami pernah disiarkan didalam majalah Dara.com, majalah MIDI dan majalah Remaja. Kami juga merupakan penaja baju kebaya nyonya dan kain batik selisih yang dipakai dan digayakan oleh para pelakon didalam telemovie Astro First bertajuk “Cikgu Timah Sekolah Bandar” lakonan Nora Danish, Zarina Zainoordin, Aaron Aziz dan ramai lagi. Selain itu, kami juga merupakan penaja kebaya untuk Telemovie Raya 2015 “Madam Nona Pokok Sena“, telemovie Astro First “Dari Kerana Mata” dan drama bersiri TV3 “Keluarga Pontimau” dan yang terkini “Abang Bomba, I Love You”. Nantikan kolaborasi kami dengan RTM TVI (180 Channel Astro) untuk program majalah TV bertajuk “Manja Diri” sebanyak 13 episod.

Di butik kami, anda boleh dapatkan pelbagai jenis baju kebaya seperti baju kebaya nyonya, baju kebaya lace, kebaya cotton labuh muslimah, kebaya cotton moden, kebaya kota baru, kebaya budak, kebaya bali dan lain-lain kebaya. Selain itu, anda boleh dapatkan beberapa jenis kain untuk dipadankan dengan baju kebaya pilihan anda. Antara kain yang anda boleh pilih adalah kain batik selisih, kain batik kipas depan, kain batik kembang payung labuci, kain pareo satin dan kain pareo songket. Selain daripada kain, anda juga boleh dapatkan kelengkapan berkebaya yang lain seperti dokoh kebaya, kerongsang rantai, tali pinggang besi, cucuk sanggul dan payung kertas. Produk utama di butik kami adalah baju kebaya nyonya. Anda boleh pilih lebih dari 500 helai baju kebaya nyonya ready stock dengan 10 pilihan saiz iaitu saiz XS untuk paling kecil dan saiz 6XL untuk saiz plus size yang paling besar. Selain dari kebaya nyonya ready stock, anda juga boleh pilih lebih dari 2,200 corak, motif dan warna kebaya nyonya untuk pre-order dan custom-made. Untuk kebaya pre-order, anda boleh berikan kami ukuran saiz anda sendiri untuk kami jahitkan sesuai dengan cutting badan anda.

Share this:

Latest Posts

Like Us to Help Us Grow!

IZZLEGACY BOUTIQUE
(Contact Details)
28-1, Block A, Jalan Atmosphere 3
The Atmosphere, Pusat Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone: 03-89596970
H/P: 012-6907705 / 012-3199026
Online Store: http://www.izzlegacy.biz
Email: sales@izzlegacy.biz
Instagram : @izzlegacy_boutique / @izzkebaya

Admin Login